Sunday, June 12, 2011

jenis-jenis belog yang aku pangkah

blog walking ni dah jadi rutin bagi setiap blogger. samelah macam aku. tapi, aku ni jenis blogger yang ade prinsip-prinsip kalau nak masuk sesuatu blog tu.

blog berat:-

aku ni dahlah bukan jenis penyabar mau tunggu load lagi 3-4 minit memang aku pangkah habislah. minit pertama kau keluar gambar header. masuk minit kedua kau keluar separuh lagi. kalau boleh aku nak tulis "blog lu berat bro." tapi apakan daya dia itu seorang perempuan. takut bahasa aku kasar tacing lebih pulak dia. (kau pun perempuan gak)

banyak widget:-

ni banyak gaklah dalam kalangan perempuan. cursor mesti nak lawa, sparkle gitu. pastu kau letak pulak icon tah hape kebenda kat situ. macam fuuuuuuuuuuuuuuuuu!!

shout box:-

masa kita blog walking benda alah yang kita cari mestilah shout box sebab nak tinggalkan foot print. time-time kau jengah blog dia tiba-tiba benda tu tergantung kat belah kanan. kena tekan pulak, tu pun gambar cepat keluar kalau kecik. tapi kalau gambar besar gedabak alamat memang aku pangkah teruslah.

auto play music:-

sangatlah spoil bila kita tengah blog walking sambil dengar lagu kegemaran tetiba keluar pulak lagu Justin Bieber pastu kau tercari-cari pulak mana widget tu rupa-rupanya music dumper. perasaan tentu berasa geram lalu kau pangkah.

disable right-click:-

aku ni biasalah kalau nak refresh page tapi yang aku menyampah tengah sedap aku click tetiba keluar "maaf mouse anda rosak sila beli baru :)" apa jadah lak rosak bila aku right-click oke jer tetiba kau kate mouse aku rosak. sakit hati lalu aku pangkah.

bahasa mat RewP!tZ:-

kau cakap pasal BF kau tinggalkan kau lalu cari perempuan lain. kau pun ape kurangnya cari baru pastu kau typelah pulak dengan bahasa mat rempit kau. ini kalau ustaz ngan ustazah baca blog kau memang muntah rainbow weh aku konfem.

suka ati akulah:-

"blog aku lawa ke buruk ke berat ke ringan ke suka ati aku ler. blog kau ke blog aku?" ini memang species mintak penyepak. aku ni jenis main cakap lepas so aku akan tulis "blog buruk ramai follower tapi sorang pun tak masuk. kikiki ade aku kesah? kalau kau tak kesah kau gi terjun KB Mall macam aku kesah kau, kau pun tak kesah aku tak kesah oh Aiman pun tak kesah pasal kesah-kesah ni. mak cik Esah lagi tak kesah"

sekian ini sahaja daripada aku. oke babai.

thank you! :D




10 comments:

mushroom said...

muntah rainbow tu terbaik ekekekh

Zack Zawani (MZ) said...

hahaha terbaik bro! tapi blog aku ada pasang lagu nasyid. tak suka pause. hehe. rajin2 singgah balik :P setuju ngn kau! thnks sharing!

Liz said...

betui jugak...
tapi satu lagi gelak lupa...klu kita komen gelak pangkah je Word Verification yer..senang publish terus..hehehe

bact. said...

banyak la kau punya prinsip

g belajar prinsip akaun tu bagi habes baru cte pasal pasal prinsip











*bangang letak word verification

Kongsi Gelak said...

@mushroom, yelah kot. HAHAHA

@zack, macam lagu nasyid aku boleh terima lagi. ok nanti aku bls kunjungan.

@Liz, time kasih bagi tau. nanti saya buang word verification ;)

@bact., eh mestilah ade prinsip. harus tu. HAHAHA.










*tahan jelah ngan word verification, bukannya ko mati pun kalo aku letak menda tuh. ko komen gak. wakakaka!!

Kongsi Gelak said...

saje je aku letak word verification tu. bengang kan? hah camtulah perasaan aku. hehehe :)

bact. said...

pesal buang?

dah tak da prinsip ke?


kahkahkah

Kongsi Gelak said...

@bact. pasal memang aku saje jer letak. tau pulak kau bengang =.="

bact. said...

kahkahkah

tolong la bro..
tolong la
tolong pegi makan taik dan mampus.

Kongsi Gelak said...

aku tanak. hehehe