"Gila awal korang datang. Sampai naik kematu punggung aku. Terima kasih ye." Syakir berkata sinis.
"Eh, bawak bersabar. Kita orang datang lambat pun ada sebab. Ni hah, semua Daus punya pasallah!"
Semua mata memandang Daus. Daus tersengih.
"Apahal? Cer citer cer citer." Syakir tiru ayat Usop dalam movie Kak Limah balik Rumah.
"Kau cerita sendirilah, Daus."
"Boleh, tapi tolong pergi belikan aku air. Gila kering bak Gurun Sahara tekak aku nih."
Syakir berdiri. Buku nota kecil dan sebatang pen dikeluarkan.
"Minum, encik-encik?" Syakir buat-buat gaya pelayan. Fazli, Zikry, Daus dan Izz senyum. Pergh... gila kentang mamat nih!
"Aku nak nescafe." Order Fazli.
"Aku pun." Zikry pula bersuara.
"Aku pulak milo." Giliran Daus membuat pesanan.
Mulut Syakir terkumat-kamit sambil mencatit pesanan mereka.
"Kau pulak Izz?"
"Aku nak teh tarik kasi tarik panjang-panjang. Tak nak teh, tak nak susu. Nak air je." Izz membuat order pelik-pelik. Gaya dah macam anak datuk.
Syakir tercengang. Gila ke apa mamat ni? Ada ke air macam tu? Tapi macam pernah dengar je... Kepala Syakir sudah pusing. Kedengaran jelas suara Izz dengan geng mengekek ketawa. Mesti dia tengah pening sekarang ni.
"Woit, air spesies apa yang kau mintak hah?" Soal Syakir. "Tak nak teh, tak nak susu bagai." Sambung Syakir lagi.
Tiga saat kemudian Syakir sedar. Pap! Syakir tepuk belakang Izz.
"Hoi! kau dah hilang akal ke, hah?" Izz menggosok-gosok belakang. Rasa macam nak keluar jantung aku ni.
"Cheit! Periuk belanga punya budak. Aku ingat air spesies apa ar tadi. Air kosong jer rupanya." Izz buat muka tak bersalah sambil gigit straw.
"Lambat pick-up ar lu der..."
"Dah kau mintak air yang bukan-bukan." Syakir bersuara tidak puas hati.
Syakir berlalu ke cafe.
_______________________________________________
Sepuluh minit kemudian...
"Isy... mana pulak budak Syakir ni. Tekak aku dah haus nak mati!" Daus mula gelabah.
"Muncullah wahai Syakir. Muncullah!" Jampi serapah dibaca. Mereka ketawa.
"Hoi. Kau apahal?" Syakir muncul dari belakang. Daus urut dada. Kot ya pun kau nak main muncul-muncul siang-siang hari buta ni, bagilah salam dulu. Daus berkata-kata di dalam hati.
"Panjang umur. Kita orang ingat kau dah lesap entah ke mana."
"Pergi toilet kejap. Nah, air yang korang mintak." Air mereka disua satu persatu.
"Nah, ni pulak air pelik-pelik yang kau mintak. Tak nak teh, tak nak susu. Nak air je." Kata-kata Izz tadi diulangi. Air masak disua. Izz tersenyum ceria.
"Aku taulah kau haus. Tapi tak payahlah sampai buat muka senyum tak berapa nak comel kau tuh. Gila menyampah aku tengok." Zikry berkata selamba.
"Isy, sibuklah kau. Baru nak feeling kejap." Izz marah Zikry.
"Dah-dah... cepatlah bagitahu apa yang terjadi."
"Ni, tadi sebab kita orang lambat pasal dia nilah. Dan pasal dia nilah kitaorang pun kena sekali." Semua jari ditala ke arah Daus.
"Sambung sambung......" Syakir tidak sabar.
"Macam ni ceritanya... masa on the way perjalanan ke sini, adalah satu anjing ni. Muka dia hodoh gila." Daus berhenti seketika, mengambil nafas.
"Dia tengok kita orang semacam aje. Aku kalau dah nampak muka hodoh camtu, aku naik menyampah. So, aku acah-acahlah dia. Tapi, tak pernah terfikir pulaklah aku sampai dia nak main kejar-kejar dengan aku."
"Gosh!" jerit Syakir.
"Bukan aku je yang kena kejar. Dengan diorang-diorang sekali kena. Sorang dah masuk belah Utara. Sorang Timur, sorang Barat, sorang masuk Selatan. Tapi, yang paling peliknya anjing tu tak berhenti-henti kejar kita orang. Makan viagra agaknya. Dia kejar kita orang selama sejam. Maka, sejam itulah kita orang tak selamat sampailah kitaorang jumpa satu lorong." Daus berhenti seketika. Menghirup air.
"Siot punya anjing." Syakir ketap gigi.
"Jap, hikayat tak habis lagi ni. Memanglah kita orang selamat bila sampai kat satu lorong tu. Tapi tu hanya buat sementara je. Kalau kau nak tahu, lorong yang kita orang masuk tadi tu rupa-rupanya tempat sang anjing tadi. Aku cakap sama kau, ramai gila rakyat dia. Apa lagi, bila rakyat-rakyat dah dengar arahan Si Ketua, kau bayangkan ajelah."
"Cis, tak guna!" Syakir tepuk meja
"Eh, yang kau over-over sangat apahal? Yang kena kejar tu kita orang bukannya kau." Fazli bersuara tidak puas hati.
"Aku tahulah. Tapi cuba kau tengok dah pukul berapa." Jam ditala ke arah mereka.
"Pukul enam petang." jawab mereka.
"Maka?" soal mereka serentak.
"Maka mesyuarat harini terpaksa di tangguhkan. Mangkuk punya anjing. Dan kau pun sama Daus." Mereka ketawa.
"Kalau macam tu, kau buat ajelah mesyuarat esok. Macam biasa kat tepi padang." Cadang Izz.
"Aku no hal. Yang lain ni setuju tak?"
"Setuju!" Mereka menjawab serentak.
"Nanti aku halo-halo korang."
"Set!"
________________________________________
Izz dan Zikry terpacak di hadapan pagar sekolah. Muka kedua-dua pengawas dipandang. Macam The Rock pun ada. Bengis gila!
"Awal gila korang sampai." Pengawas itu menyindir mereka berdua. Nama mereka dicatit.
"Biasalah. Kita orangkan pelajar tercontoh." Zikry sembur balik. Hah ambik kau!
Hisy, budak-budak nih..... Pengawas itu berkata-kata di dalam hati.
"Mat, kau pergi bawak budak-budak ni kat bilik Cikgu." Pengawas itu memberi arahan kepada rakan setugasnya.
"Baik. Korang berdua, jom ikut aku."
Izz dan Zikry akur.
Dalam perjalanan...
"Macam mana ni, Zik?" Bisik Izz perlahan dalam nada ketakutan. Bahu Zikry disiku.
"Macam nilah. Salah kita jugak semalam tidur lambat. Jadi, terima ajelah kenyataan."
Izz ketuk kepala Zik.
"Hangguk kau. Aku takutlah, Zik." Izz peluk badan.
"Apa benda yang kau takut sangat?"
"Tu........" Izz muncungkan bibir. Zikry kalih muka. Alamak, Cikgu Azri lah. Gulp!
"Kau nampak tak apa yang dia pegang? Panjang darab lebar rotan dia tak boleh belah. Memang masaklah kita kalini." Zikry berkata selamba.
"Kan aku dah cakap. Haish, jadi macam mana ni?"
"Takpe takpe. Biar aku je yang settlekan benda ni."
Izz geleng kepala. Jangan dia buat benda yang merapu-rapu sudah.
_____________________________________________________
Sesampai sahaja di pejabat....
Cikgu Azri pandang mereka semacam. Zikry buat muka bengkek. Pandang anak teruna orang macam tu. Cucuk biji mata karang baru tau!
"Kenapa kamu berdua datang lewat?" Soal Cikgu Azri. Berdengung satu bilik.
Mereka pandang sesama sendiri. Fulamak, macam hakimlah!
"Lambat bangun cikgu. Semalam tidur lewat." Zikry berkata selamba. Izz tepuk dahi. Mangkuk jamban punya budak. Kau nak kita mampus ke hah?!
Bam! Cikgu Azri tepuk meja. Serius terasa macam dekat mahkamah.
"Kenapa kamu berdua tidur lewat?"
"Eh, suka hati sayalah. Kenapa? Tak puas hati ke?" Zikry jawab balik.
Bam! Cikgu Azri tepuk meja lagi sekali. Zikry sempat tutup telinga. Hoi cikgu, patah jugak meja tu karang...
"Kamu berdua, lari keliling padang sebanyak dua puluh kali. Sekarang!!!" Cikgu Azri beri arahan. Tergerak-gerak misai melentik dia tatkala menjerit.
"Tapi......."
"Sekarang!!!!!!!!"
Izz ketap gigi. Siaplah kau kejap lagi, Zik...
_________________________________________________
"Kau tau tak, pasal kaulah kita kena buat kerja bodoh ni!" Izz mengejar Zikry.
"Ampunkan aku, Izz!! Aku janji tak buat lagi!!!!" Zikry terjerit-jerit.
"Tiada maaf bagimu!" Izz marah.
Mereka buat aksi kejar mengejar bagaikan kucing dan anjing. Siapa lagi kucing kalau bukan Zikry, yang sering memberi masalah. Kelihatan di tepi padang Syakir, Fazli dan Daus ketawa terbahak-bahak. Mereka ponteng kelas.
"Serius lawak dowh! Macam bini tengah kejar suami akibat kecurangan." Syakir buat lawak bodoh.
"Ha'ah lah." Fazli bersetuju.
"Tapi lagi best kalau ada background soundtrack kan? Berlari berkejaran...." Giliran Daus pula buat lawak bodoh. Siap gelek 360 darjah.
Mereka ketawa tak ingat dunia. Cikgu Azri berada di belakang mereka. Mereka tidak sedar bahawa Izz dan Zikry di bawah penjagaan dia. Cikgu Azri berdehem. Mereka paling ke belakang. Terasa segala organ macam nak tercabut.
"Assalamualaikum..." Siap bagi salam lagi.
"Waalaikumsalam." Jawab mereka tergagap.
"Amboi bukan main gelakkan orang. Kamu ni dari kelas mana?" Cikgu Azri mula menyoal. Macamlah kita ni orang buat kes jenayah yang berat-berat. Kami budak innocentlah cikgu!!
"Sama kelas dengan diorang, cikgu..." Mereka menunduk. Tak sanggup nak tengok panahan mata cikgu yang dahsyat!!
"Jadi kamu ni ponteng kelaslah. Apa yang kamu buat kat sini?"
Err... geng, geng. Apa aku nak jawab hah? Bagi klu, bagi klu. Tolonglah wei. Syakir bagi isyarat. Fazli dan Daus balas. Ala... kau hentam ajelah!!!
"Err... kami saje-saje datang sini takde benda nak buat." Syakir main hentam. Tidak fikir logik akalnya.
Terjegil biji mata Cikgu Azri tatkala mendengar alasan Syakir. Tak masuk dek akal langsung!
"Alasan yang tak masuk dek akal. Meh sini tangan." Tangan dihulurkan. Tergigil-gigil semacam terkena penyakit Parkinson. Pam!
"Aduh!!!!" Mereka menjerit kesakitan. Tangan mereka lebam.
"Lari keliling padang sebanyak dua puluh kali. Sekarang!!" Macam biasa, Cikgu Azri memberi arahan.
Mereka mencebik. Sikit-sikit lari, sikit-sikit lari. Suruhlah cuci jamban ke, longkang ke. Takdelah penat sangat.
Mereka mula lari.
"Pergh, sakit gila tangan aku." Daus mula bersuara bagi memecahkan kesunyian.
"Ha'ah. Kalau aku budak kecik, dah sah-sahlah aku report kat mak bapak aku." Daus dan Syakir bersetuju.
Uwaaa, cikgu tolong lepaskan kami dari dendaan yang maha hebat nih!!!!
p/s: merapu gila novel nih. haha
No comments:
Post a Comment